Zuriat Asal usul anjing bela jinak

Karnivor fosil terawal yang boleh dihubungkan dengan sesetengah kepastian kepada canid (serigala, rubah dan anjing) ialah miacid Eosen pada lebih kurang 38 hingga 56 juta tahun lalu. Daripada miacid mengevolusikan karnivor kekucingan (Feloidea) dan keanjingan (Canoidea). Jurai keturunan canoid daripada Mesocyon bersaiz koyote dari Oligosen (38 hingga 24 juta tahun lalu) hingga Leptocyon kerubahan dan Tomarctus keserigalaan yang merantau di Amerika Utara pada agak-agak 10 juta tahun lalu.[12]

Canis lepophagus, sejenis canid Amerika Utara bertengkorak kecil dan sempit dari era Miosen, membawa kepada serigala benar pada akhir Tahap Amerika Utara Blancan seperti Canis priscolatrans yang berevolusi kepada Canis etruscus, kemudian Canis mosbachensis,[13] dan sebagai ikutan C. mosbachensis berevolusi menjadi Canis lupus, serigala kelabu—pendahulu langsung kepada anjing bela jinak. Subspesies serigala yang tertentu yang membawa kepada kemunculan pelbagai zuriat anjing yang dibelajinakkan belum dijelaskan, tetapi terfikir bahawa sama ada subspesies pupus yang tidak ditemui atau Canis lupus pallipes, serigala India, merupakan calon terbaik.[14]

Rujukan

WikiPedia: Asal usul anjing bela jinak http://abc.net.au http://abc.net.au/animals/human_stars.htm#raymond http://abc.net.au/animals/program1/factsheet5.htm http://www.abc.net.au http://www.abc.net.au/science/articles/2002/03/26/... http://archaeology.about.com/od/domestications/qt/... http://www.arisandphillips.com/ap/Anubis.html http://discovermagazine.com/1994/oct/ascentofthedo... http://news.discovery.com/animals/paleolithic-dogs... http://www.genomeweb.com/african-dog-genetics-sugg...